SAMBUNGAN KISAH LIMA PERKARA ANEH

Selepas kejadian itu,"Nabi meneruskan perjalanannya.Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya,maka dia pon bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.Setelah menemui kelima-lima peristiwa aneh itu,maka kembalilah Nabi kerumahnya.Pada malam itu,Nabi pun berdoa,Dalam doanya dia berkata,"Ya ALLAH,aku telah pun melaksanakan perintah-MU sebaimana yang beritahu di dalam mimpiku ,maka jelas lah kepadaku erti semua ini."

Dalam mimipi beliau telah diberitahu oleh ALLAH S.W.T. bahawa,"Yang Pertama engkau makan itu engkau marah.Pada mulanya nampak besar seperti bukit  tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahan nya,marah itu pun akan menjadi manis daripada madu..

Kedua;semua amal kebaikan(budi),walaupun di sembunyikan maka ia akan tetap nampak jua..Ketiga;Jika sudah menerima amanah seseorang,maka janganlah kamu khianat kepadanya.Keempat;jika orang meminta kepadamu,maka usahakanlah untuknya,demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.Kelima;bau busuk itu ialah ghibah(menceritakan hal seseorang)Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku,kelima-lima kisah ini hendak kita semaikan dalam diri kita..sebab kelima-lima perkara ini sentiasa berlaku dalam kehidupan kita seharian.. Perkara yang kita tidak dapat elak ialah mengata orang,memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilang kan pahala kita,sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba ALLAH akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya.Lalu dia bertanya ,"Wahai ALLAH,sesungguhnya pahala yang kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata ALLAH S.W.T. ,"Ini adalah pahala orang yang kamu mengata -ngata tentang dirimu."
Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar,tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri.Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang lain walaupun benar....

HADIS SAHIH=KNOWLEDGE

Narrated Anas ibn Masud(Allah be pleased with him):
The prophet(peace be upon him)used to take care of us in preaching by selecting a suitable time,so that we might not get bored.(He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time).

Sahih Al-Bukhari vol 1.

SAMBUNGAN KISAH LIMA PERKARA ANEH

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas.Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanam mangkuk itu,kemudian ditinggalkan nya.Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula.Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu,"Aku telah melaksanakan perintahmu."Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil.Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata,"Wahai Nabi ALLAH tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu,hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya.Melihat keadaan itu,lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu lalu berkata,"Wahai Nabi ALLAH aku sangat lapardan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.Oleh itu janganlah engkau patahkan harapan ku dari rezeki ku."

Nabi itu teringat pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat,iaitu tidak boleh putuskan harapan.Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helangitu.Setelah mendapat daging itu ,helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari bajunya.
tunggu sambungan.........