KISAH BUMI DAN LANGIT

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.
Berkata dia kepada langit,"Hai langit,aku lebih baik dari kamu kerana ALLAH S.W.T telah menghiaskan aku dengan  berbagai-bagai negara,beberapa laut,sungai-sungai,tanam-tanaman ,beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit,"Hai bumi ,aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari,bulan,bintang-bintang,beberapa falah,buruj,arasy kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi,"Hai langit,ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi,para utusan dan arwah para wali dan solihin(orang-orang baik)."

Bumi berkata lagi,"Hai langit,sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih ALLAH seru kalianalam,seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku.Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa apabila bumi berkata demikian.Langit mendiamkan diri dan dia mengadap ALLAH S.W.T dengan berkata,"Ya ALLAH,Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya,apabila  mereka berdoa kepada Engkau.Aku tidak dapat menjawab soalan bumi,oleh itu aku meminta kepada-Mu ya ALLAH supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku(langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu ALLAH S.W.T mengabulkan permintaan langit ,kemudian ALLAH memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab,"Janganlah Engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.

Jibrail A.S bertanya,"Ya ALLAH apakah kiamat telah sampai?"

ALLAH S.W.T berfirman ,maksudnya,"Tidak wahai Jibrail.Tetapi pergilah engkau ke syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-senang di Taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad .Di antara  40,000 buraq itu,Jibrail A.S terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.Jibrail A.S menghampiri buraq lalu bertanya kepadanya,"Mengapa engkau menangis ,ya buraq?"

Berkata buraq,"Ya Jibrail ,sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40tahun,maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi.Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S,"Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau yang engkau rindui itu."

Kemudian Jibrail A.S memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W..
Wallahu'alam


Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasullah S.A.W dalam perjalanan Isra' dan Mi'raj....