AL QURAN SEBAGAI PEMBELA

Abu Umamah r.a berkata:"RASULLAH S.A.W telah menganjurkan kami semua mempelajari AL-QUR'AN,setelah itu RASULLAH S.A.W memberitahu tentang kelebihan AL-QUR'AN."

Telah bersabda RASULLAH S.A.W:Berlajarlah kamu akan AL-QUR'AN,di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya,yang di mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,"Kenalkah kamu kepadaku,"Maka orang yang pernah membaca akan menjawab."Siapakah kamu?"

Maka berkata AL-QUR'AN:"Akulah yang kamu mencintai dan kamu sanjung,dan juga yang telah kamu bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari,"

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-quran itu:"Adakah kamu Al-quran?"Lalu AL-QUR'AN mengakui lalu menuntun orang yang pernah membaca menghadap ALLAH S.W.T.Lalu orang itu di beri kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,kemudian dia meletakakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim di beri perhiasan yang tidak dapat di tukar di dunia walaupun berlipat ganda..,sehingga keduanya bertanya:"Dari manakah kami memperolehi ini semua,pada hal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab:"Kamu di beri ini semua kerana anak kamu telah mempelajari AL-QUR'AN..






Sama-sama la kita renung kan..kerana di akhirat sana adalah kekal.sama da syurga or neraka pilihan kita...renungan ini untuk kita bersama termasuk diri saya...

0 comments:

Post a Comment