Ilmuan Islam dalam Matematik


Adalah Agama yang Syumul...Islam sesuatu masa dahulu begitu gah dan digeruni selain di hormati.
Islam juga mempunyai Zaman kegemilangan dalam bidang ilmu pada kurun ke-7 hingga 13.Antara bidang yang tersohor adalah bidang Matematik.

Tokoh-tokoh ilmuan islam ini bukan sahaja cerdik pandai malah juga seorang yang beriman dan taat kepada perintah الله. Mereka juga telah menyumbang dan mencipta pelbagai perkara di dalam bidang masing-masing dan di ciplak oleh tokoh-tokoh yunani dan barat yang lain..
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang tokoh ilmuan Islam dalam bidang Matematik

Matematik antara subjek yang tidak digemari oleh sebahagian pelajar...
tetapi ini semua ciptaan yang di hasilkan oleh ilmuan islam untuk kegunaan dan faedah kita semua.
Ilmuan islam ini telah menyampaikan Ilmu الله  kepada kita...

Jadi mari kita kenal antara tokoh ilmuan dalam bidang Matematik:

Al-Khawarizmi(780-850)


  • Nama penuhnya Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai Bapa Algebra
  • Pakar dalam bidang Matematik dan Astronomi
  • Buku terkenal hasil tulisan beliau adalah Hisab al-Jabr wal Mughabalah(buku pengiraan,pembaikan dan pengurangan) dan Algebra
  • Kurun ke-12 Gerrard of Cremona dan Robert of Chester telah menterjemahkan buku beliau dalam bahasa latin
  • Pada kurun ke-16 buku terjemahan itu digunakan ke seluruh dunia 


Al-Khindi(801-873)

  • Nama penuhnya Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi
  • Juga telibat dalam bidang Falsafah,Astronomi,Musik,Fizik dan Matematik
  • Tekenal sebagai Bapa Falsafah Islam
  • Antara sumbangan beliau adalah 11 teks yang menerangkan tentang nombor dan analisis nombor 
  • Memperkenalkan arithmatic dan geometri dalam bidang Matematik
  • Telah menulis tentang teori Parallel


Al-Battani(850-929)
  • Nama penuhnya Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah
  • Bapa trigonometri
  • Di lahirkan di Battah,Damsyik
  • Beliau adalah Putera Arab dan Pemerintah Syria
  • Diiktiraf ahli astronomi dan matematik tersohor islam
  • Meletakan trigonometri di tahap yang tinggi dan orang pertama berjaya menghasilkan jadual cotangents
Al-Biruni(973-1050)
  • Nama penuhnya Abu Ar-Rayhan Muhammad Ibn Ahmad Al-Biruni
  • Orang pertama meletakkan asas pada trigonometri moden
  • Merupakan Ahli falsafah,Ahli geografi,astronomi,Ahli fizik dan matematik
  • Selama 600 tahun sebelum Galgeo Al-Biruni telah membincangkan tentang putaran bumi tanpa paksinya sendiri
  • Al-Biruni juga menggunakan kaedah matematik bagi menentukan arah kiblat di mana-mana tempat
Sungguh hebat tokoh ilmuan islam zaman dahulu...Mereka bukan sahaja hebat dalam bidang dunia malah mereka juga hebat dalam bidang agama...Mereka semua Ilmuan juga Ulama' Islam yang hebat..


0 comments:

Post a Comment