SAMBUNGAN KISAH LIMA PERKARA ANEH

Selepas kejadian itu,"Nabi meneruskan perjalanannya.Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya,maka dia pon bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.Setelah menemui kelima-lima peristiwa aneh itu,maka kembalilah Nabi kerumahnya.Pada malam itu,Nabi pun berdoa,Dalam doanya dia berkata,"Ya ALLAH,aku telah pun melaksanakan perintah-MU sebaimana yang beritahu di dalam mimpiku ,maka jelas lah kepadaku erti semua ini."

Dalam mimipi beliau telah diberitahu oleh ALLAH S.W.T. bahawa,"Yang Pertama engkau makan itu engkau marah.Pada mulanya nampak besar seperti bukit  tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahan nya,marah itu pun akan menjadi manis daripada madu..

Kedua;semua amal kebaikan(budi),walaupun di sembunyikan maka ia akan tetap nampak jua..Ketiga;Jika sudah menerima amanah seseorang,maka janganlah kamu khianat kepadanya.Keempat;jika orang meminta kepadamu,maka usahakanlah untuknya,demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.Kelima;bau busuk itu ialah ghibah(menceritakan hal seseorang)Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku,kelima-lima kisah ini hendak kita semaikan dalam diri kita..sebab kelima-lima perkara ini sentiasa berlaku dalam kehidupan kita seharian.. Perkara yang kita tidak dapat elak ialah mengata orang,memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilang kan pahala kita,sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba ALLAH akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya.Lalu dia bertanya ,"Wahai ALLAH,sesungguhnya pahala yang kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata ALLAH S.W.T. ,"Ini adalah pahala orang yang kamu mengata -ngata tentang dirimu."
Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar,tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri.Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang lain walaupun benar....

0 comments:

Post a Comment