1 DOA Dari 3 DOA Rasullah S.A.W...(one prayer from 3 prayer of Rasullah)


Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa:"satu hari Rasullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit.Apabila Rasullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua raka'at.Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasullah S.A.W.

Kemudian selesai beliau berdoa maka Rasullah S.A.W pun berpaling  kepada kami lalu bersabda yang bermasuk :"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara,dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu ditolak."

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.


2. Aku telah memohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana  tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s)Permohonanku ini diperkenan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah memohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan,pergaduhan antara sesama Islam).Tetapi permohonanku ini tidak diperkenan (ditolak) oleh Allah S.W.T.

Apa yang kita lihat hari ini ialah Negara-negara Islam sendiri (bergaduh ,berperang , membelot)sesama sendiri, dan menjadi Sekutu negara kafir...Orang kafir menepuk tangan dari belakang ,apakah ini yang perlu terjadi sesama Saudara Seislam....Pikir2 kan...

0 comments:

Post a Comment