The Unique Rock(Batu-batu Yang Aneh)


gambar hiasan

Dalam sebuah hadith menceritakan pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah..Dia berhenti dilapangan luas itu..Pada waktu itu ada orang sedang melakukan ibadat Hajji yang sangat penting..Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap Hajjinya telah sempurna walaupun yang lain tidak sempat dilakukan...

Sabda Rasullah(رسول الله) mengatakan:

"Alhajju Arafat"[haji itu wukuf diArafah]


Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam.Masih dalam istilah "Mua'llaf"..Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu:


"hai batu-batu ,saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah(الله) dan Muhammad(محمد) itu pesuruh Allah(الله)."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di ditu.Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya..
Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah -olah telah datang kiamat..Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh tuhan.Setelah selesai pemeriksaan itu,ternyata dia harus masuk ke dalam neraka..Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya..

Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut ..Tetapi mereka tidak sanggup rupanya..Malaikat Azab telah berada di situ .Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut..Tapi sanggup rupanya..
Kemudian dia pun pergi ke pintu lain..Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu itu mengikut ke mana saja dia pergi..



Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya.Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk  neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki  itu ke dalam neraka..tetapi tidak berjaya..Sampai di pintu Neraka ketujuh ,neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya...Ketujuh-tujuh batu tersebut seolah-olah membentengi lelaki tersebut daripada memasuki Neraka...Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh..Di situ Allah(الله
berfirman yang bermaksud:


"Wahai Hambaku,aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah .Aku tidak menyia-nyiakan hakmu,bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadah' yang engkau ucapkan itu.Sekarang masuklah engaku ke dalam Syurga(الجنة). 


Sebaik saja dia menghampiri Syurga itu,tiba-tiba pintu terbuka lebar.Rupanya kunci syurga itu adalah kalimah Syahadah yang diucapkannya Dahulu....



0 comments:

Post a Comment