Kenali Mazmumah dan Mahmudah


Manusia ada sifat masing-masing....terdapat 2 jenis sifat manusia ini yang telah di bahagikan dalam Islam...Jom kita tengok dan kenal ...


Sifat Mahmudah(sifat terpuji):
  • Taubat: meninggalkan maksiat,dosa dan kembali ke jalan yang benar setelah melakukan kesilapan.
  • Khauf: takut kepada Allah di samping melakukan suruhanya dan meninggalkan larangannya.
  • Zuhud: meninggalkan rasa cinta yang berlebihan kepada duniawi(bukan tinggalkan perkara dunia)
  • Sabar: menahan diri untuk mendapat keredhaan Allah daripada tekanan, keluh kesdah,kecewa dan sabar menghadapi cabaran.
  • Syukur: mengaku dan memuji Allah nikmat kurniaanya kepada kita
  • Ikhlas: menumpukan niat bagi setiap ibadat dan kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah
  • Tawakal: menetapkan hati dan berserah kepada Allah dalam segala perkara dan beriktikad bahawa Allah yang memerintah setiap sesuatu.
  • Mahabbah: kasihkan Allah dengan mengingati-NYA setiap masa dan keadaan.
  • Ingat mati: sentiasa mengingati mati dan bersedia dengan amal ibadat sebagai bekalan sakaratul maut.
  • Tawaduk: merendah diri kepada Allah dan makluk lain.

Sifat Mazmumah(sifat terkeji )
  • Banyak makan: terlampau banyak makan dan minum dengan golojoh.
  • Banyak cakap: terlampau banyak bercakap sehingga membawa dosa pada dirinya
  • Pemarah: marah pada bukan tempat dan situasinya dan mempunyai sifat sombong dan ego yang tidak rasional
  • Hasad dengki: perasaan cemburu dengan nikmat dan kelebihan yang dimiliki orang lain sehingga sanggup merosakan dan menjatuhkan orang lain.
  • Bakhil: menahan hak sendiri daripada dibelanjakan kecuali yang disyariatkan.Seorang yang sangat kedekut.
  • Suka bermegah: menunjuk-nunjuk kelebihan,kekayaan,kekuatan yang ada padanya kepada orang lain di samping tidak ada sifat ikhlas di dalam diri.
  • Kasih dunia: golongan yang kasihkan dunia dan cintakan perkara dunia yang tidak membawa kebaikan dan kebajikan di akhirat.
Semoga info ini memberi manfaat kepada semua...

Salam Maal Hijrah 1434 :)

0 comments:

Post a Comment