Renungan:Perjuangan Ikan Salmon

Dengar je Ikan Salmon semua orang tahu...Ia sedap untuk di makan...
Dengar nama pun dah terliur....Memang sedap...
Tapi ikan ini juga mahal...huhu...
Bagi yang meminatinya...tetap akan beli walupun mahal...(iPhone ribu2 pun sanggup kan)...
Selain itu mempunyai khasiat yang baik seperti Omega-3...

Tengok gambar ini..memang sedap sangat la kan

           
                         
                       tambah lak ini lagi terliur...Ikan Salmon bakar...perghh kena
                       sekali nak lagi la...

Hari ini bukan saya nak ceritakan tentang resepi ikan salmon..Kebanyakan manusia hanya tahu cara untuk memasak ikan salmon sahaja..tetapi kita tahukah tentang perjalanan hidup ikan Salmon yang sungguh mencabar dan boleh di jadikan iktibar kepada kita...
Jadi saya ingin menceritakan tentang Perjalan Hidup Seekor Salmon




Ini ikan Salmon

Ikan Salmon adalah ikan yang sangat unik kerana ikan ini hidup di Air Tawar(sungai) dan berhijrah ke Air Masin(laut) setelah dewasa dan kembali semula ke Air Tawar apabila ia hampir mati.
Fenomena Salmon terbang akan berlaku sekitar bulan april sehingga november..Sekumpulan ikan Salmon akan cuba melepasi halangan untuk menuju ke tempat asalnya yang sesuai bagi melepaskan telurnya.Ada juga yang tewas sehingga membawa kematian..


Pada ketika ini ikan Salmon mampu melompat sehingga ketinggian 3 meter..
Ikan Salmon akan terus melawan arus hingga ke hulu sungai bagi melepaskan telurnya.Sebaik tiba di lokasi yang sesuai, ikan Salmon betina akan mengorek lubang sedalam 30 cm dengan ekornya manakala ikan Salmon jantan akan mengeluarkan spermanya untuk di senyawakan dengan telur yang dimasukan ke dalam lubang tadi.Lebih kurang 3000 hingga 8000 telur dapat dihasilkan oleh ikan Salmon  betina.
Salmon adalah spesies ikan yang paling SETIA di dunia.Mereka akan kekal dengan pasangan mereka sehinggalah mereka akan mati.Namun dalam perjalanan melawan arus untuk sampai ke tempat asal mereka tidak semua ikan Salmon akan berjaya.Hal ini kerana sebahagian daripada mereka mati akibat terhempas di atas batu yang keras selain menjadi mangsa manusia dan pemangsa yang lain.Ikan Salmon yang berjaya pula,setelah mereka melihat anak ikan Salmon, itu tanda detik terakhir dalam hidup mereka.Ikan Salmon hanya telur sekali dalam hidup mereka dan selepas itu induk akan mati.

sang ibu dan sang bapa Salmon akan mati akibat tersadung kayu atau terhempas di atas batu keras ketika perjalanan ke Hulu sungai (tempat asal).Ini membuktikan betapa sengsara dan peritnya mereka sepanjang memudiki perjuangan bagi memastikan generasi Salmon terus hidup di muka bumi..Mereka sanggup bersusah payah dan bergadai nyawa bagi memastikan Salmon tidak pupus di dunia ini.Sepanjang perjalanan Salmon ke tempat asalnya ,ia tidak akan makan dan sumber tenaga mereka hanyalah berbekalkan lemak yang sedia ada untuk perjalanan sejauh 1000 km.Ini bermakna perjalanan ikan Salmon dari laut ke hulu sungai memakan masa yang sangat lama..

Oleh kerana itu,di sini terdapat iktibar dan pengajaran yang amat berguna..Hakikatnya sebuah kehidupan memerlukan perjuangan yang cukup hebat bagi memastikan kesinambungan generasi akan datang.Melihat daripada perjuangan Salmon ini terdetik rasa sayu dan insaf akan perjalanan hidup mereka.Adakah kita mampu lakukan hal demikian kepada ibu bapa,anak-anak kita nanti??..Selain itu,mampukah kita berjuang menegak Agama kita sama seperti ikan Salmon memastikan generasinya tidak pupus??...Sama-sama kita pikirkan.
Cara kehidupan ikan Salmon ini di atur baik oleh Allah bagi kita sebagai mengambil iktibar di dalam hidup ini...Setiap ciptaan Allah adalah satu pengajaran dan iktibar kita untuk hidup di muka bumi di samping beriman kepada-NYA... :)

Semoga info ini memberi iktibar yang baik kepada kita... 


0 comments:

Post a Comment