Suzuki AFF:Gajah pijak Harimau atas ketidak adilan Pengadil



Akhirnya telah terjawab pasukan yang berada di Final semalam dengan berakhirnya perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok ,Thailand di antara Thailand dengan Malaysia..

Setelah di beri layanan yang buruk ke atas Pasukan Malaysia di Bangkok , pada perlawanan pula nampak telah berlaku pengadilan berat sebelah oleh Pengadil dari Korea, Lee Minhu.


Pengadil ini telah melayangkan Kad Kuning di awal perlawanan ke atas 2 orang pemain Malaysia Mahalli Jasuli dan Fadhli Shas.Di awal perlawanan lagi
pasukan Malaysia telah di asak oleh pasukan Thailand bagi memburu gol..Bahagian tengah Thailand telah menguasai dan melakukan hantaran cantik untuk menyerang..Manakala pasukan Malaysia tidak mampu untuk melakukan apa-apa setelah penyerang utama Norshahrul Idlan Talaha di kawal ketat oleh bahagian benteng pasukan Thailand.Selain itu, bahagian Tengah Malaysia di mampu melakukan pergerakan ke hadapan.

Pada separuh masa pertama kedudukan masih seri 0-0 sehingga lah pada minit ke-44 layangan Kad Merah telah di layangkan oleh pengadil dari Korea itu ke atas pertahanan Malaysia Fadhli Shas..Di situ telah berlaku tolakan pemain Thailand keatas pemain Malaysia itu selain berlaku juga bentesan kaki oleh pemain Thailand ke atas pemain Malaysia Norshahrul Idlan tetapi tidak di endahkan pengadil...Malah pengadil tersebut langsung tidak mengambil tindakan..Pengadil itu terus meluru ke atas insiden tolak menolak itu sahaja..Hal ini telah menampkan bahawa pengadil itu memang hendak melayangkan kad merah dan ingin menyebelahi pasukan Thailand..Di awal perlawanan lagi telah nampak apabila segala bentesan yang dilakukan terus mendapat kad kuning kepada pasukan Malaysia.

Setelah pertahanan tengah Malaysia telah dikeluar , Jurulatih Malaysia masih menggunakan taktikal yang sama dengan 10 orang pemain 3-5-1...Hal ini menyebabkan benteng pertahanan Malaysia senang dirobek dan bocor .Pada minit 61 kesilapan yang dilakukan oleh Amar Rohidan telah di gunakan oleh peledak utama mereka,Teerasil dengan sebaik dan gol telah di hasilkan.

Tidak lama kemudian pada minit 64 , 1 lagi gol telah dihasil lagi oleh pemain Thailand.Sepakan percuma yang cantik telah di tempis oleh Penjaga gol Malaysia Farial Marlias tetapi telah di sambung oleh Theerathon bagi menjaringkan gol ke-2 Thailand.Hal ini telah membuatkan kedudukan selesa bagi Tahailand dengan agg(3-1)...

Walaupun telah mendahului dengan selesa..Pasukan Thailand terus mengasak benteng pertahanan Malaysia bagi memburu gol.Tetapi benteng yang dikemudi oleh Aidil Zafuan terus kental menahan asakan dari dibolosi lagi.

Pasukan Thailand juga telah menunjukan kehebatan mereka dan corak permainan yang menarik.Passing,hantaran dan corak permainan Thailand bukan lagi cara pasukan ASEAN .Mereka telah berubah dan menjadi pasukan yang begitu mamtap dengan kawalan bola yang baik.

Apapun yang terjadi keputusan telah di buat.Kita kena terima dengan hati terbuka.Ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan Thailand kerana layak ke Final.




vs
                    0                                                        2


0 comments:

Post a Comment